Monogatari Cinta Di Bumi Fujiyama - Episod Satu

Monogatari Cinta Di Bumi Fujiyama - Episod Satu

2019, Feb 06    

Pra kata

Mengapa saya nak menulis novel cinta pulak! Bukan mengkongsikan ilmu ICT jer ker?

Sebenarnya bukan apa, saya teringin sajer-sajer nak menulisnya sebab setiap kali saya singgah sebentar di kedai buku, kemudian mencuba-cuba nasib kot-kot lah ada terjumpa majalah komputer ker.. programming ker.. berkenaan teknologi ICT ker.. tapi selalunya malang lah, buku-buku genre macam ni memang tak ada lah kalau ada pun majalah luar negara, itu pun jarang-jarang.. kadang-kadang. Hmm.. dah tau memang tak ada pun kat kedai tu, tapi setiap kali saya singgah, saya masih lagi degil juga nak menjengah-jengah, kot-kot lah ada ker. Sebaliknya, setiap kali saya ke situ, apa yang menarik perhatian saya ialah lambakan buku-buku novel melayu, yang majoritinya berkisarkan kisah cinta lah. Macam-macam jenis cinta ada, memang kreatif lah orang-orang kita.

Melalui rentetan ini lah saya terdetik untuk mencuba nasib walaupun saya ni tak pernah pun membaca buku novel cinta tu, dan tak ada pengalaman pun menulis novel kisah cintan-cintun ni. Boleh kot kalau saya cuba tulis sebuah, belum cuba belum tau. Yalah saya pernah jer menulis karangan masa di sekolah menengah di suatu masa di zaman dahulu kala. Eh, SPM Bahasa Malaysia saya pangkat satu tau!

Mohon jangan lah kecam saya ya, saya budak baru belajar, kalau ada silap dan salah tolong pendam-pendam kan.

Jom kasi try sepam! ᕙ(`▿´)ᕗ

Rutin harian di musim sejuk

“Sejuknya!” jerit Saha yg masih berselimut disebalik futonnya.

Cuaca di Tokyo pada penghujung bulan December sememangnya sejuk tetapi tahun ini berbeza sekali. Tokyo lebih sejuk daripada kebiasaannya, suhu mencecah 6 darjah celcius di bawah paras beku. Angin pula bertiup agak kencang, kadang-kadang kedengaran bunyi siulan keluar melalui liang-liang rongga tingkap gelongsor rumahnya.

“Mungkin salji akan mula turun hari ini agaknya” Saha berkata-kata sendirian. “Aku belum bersarapan lagi ni, eh bukanlah sudah pukul 12 tengah hari rupanya” kata Saha. “Ahh tak sempat nak masak lagi, makan bento hokka hokka tei lagilah jawabnya” keluh Saha.

Dia bingkas bangun dan menyarung jaket tebal yg memang sengaja diletakkan ditepi tempat tidurnya lalu menuju ke arah pintu rumah.

Kedai bento hokka hokka tei itu agak jauh, lebih kurang 1 kilometer jaraknya. Saha memang memiliki sebuah basikal BMX hijau yang berharga 30 ribu yen, tetapi dipinjam oleh kawannya si Fazley.

“Isshh Fazley ni, tulah duduk jauh sangat bila basikal dia hilang macam basikal aku pulak yg hilang, terpaksalah aku berjalan kaki dalam sejuk-sejuk ni” rungut Saha sambil menuruni tangga rumah sewanya yg berada di tingkat 2.

Setibanya Saha dipenghujung anak tangga itu, dengan tidak semena-mena si Fazley pulak terpacul didepannya.

“Haaa.. ni mesti datang nak melantak kat rumah aku ni” perli Saha. “eh eh mana ada Saha” balas Fazley dengan wajah yang dibuat-buat pura-pura tidak fahamkan akan sindiran itu. “Bukan aku tak tau dgn perangai kau ni Fazley, tapi sorryla bro aku tak masak hari ni”. jawab Saha sambil menepuk bahu kiri Fazley. “Haaaa! kau pegi tolong belikan bento untuk aku, basikal hijau kau tu kan ada” perli Saha lagi.

Fazley mengerutkan dahinya.

“Haa! apasal buat muka sedih plak ni, takan minta tolong sikit pun tak boleh. Lagipun kulit kau kan tebal, mana kau rasa sejuk” tempik Saha dgn nada bergurau. “Aisey sempai (senior), sorryla. Aku dtg ni nak bagitau kau, basikal hijau kau tu dah hilangla” balas Fazley dgn nada menyesal sambil menjeling ke bawah, tidak berani bertentang dengan mata Saha yg beriris coklat cair itu.


basikalhijau


“Apa? Hilang!” jerit Saha terkejut. “Macam mana boleh hilang pulak, kau ni!” keluh Saha. “Aku.. aku lapar hari tu, tak bertenagalah.” jawab Fazley tergagap-gagap. “Kau taula rumah sewa aku tu kan nun tinggi di atas bukit. Aku tinggalkan sekejaaap je di bawah. Selepas aku selesai melantak mee segera cup noodle, bila aku turun semula ke bawah, dah lesap.” jelas Fazley dengan nada yg keluh dan raut wajah yg kesal. “Mengapa kau tak makan saja dulu di kedai, barulah bertenaga utk memanjat naik ke rumah ulu banat kau tu” marah Saha sambil tangannya menunding ke atas. “Aku.. aku takda duitlah masa tu” jawab Fazley dgn nada menurun. “Aii.. duit biasiswa bulanan kau tu kan sama banyak je dgn yg aku dapat, ni baru tengah bulan laa.. Fazley. Kau buat hal lagi ke, tak abis2 lagi ke ketagih main pachinko” marah Saha lagi.

Jelas kelihatan kulit Saha yg putih melepak itu kemerah-merahan menahan kemarahan.

” Ok.. ok.. Saha aku minta maaflah, aku janji nanti aku gantikan dengan yang baharu.” Fazley cuba menenangkan keadaan. “Yalah tu. Engkau ni, bukan aku tak tau…” pintas Saha. “Macam nilah Saha, jom kita pergi beli bento. Aku belanja. Boleh?” pujuk Fazley. “Engkau belanja aku, ha ha ha. Betul ke ni.” Saha menjeling ke arah Fazley sambil menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. “Kau tau tak kenapa aku sukakan kau Saha, kau ni pemaaf orangnya” puji Fazley. “kau tau tak Fazley, aku tak pernah sukakan kau pun” balas Saha. “Ha ha ha. Satu lagi Saha, kau memang tak boleh nak menipu. Mudah dikesan macam Pinoquio” gurau si Fazley. “Aku tak peduli kau kena ganti jugak basikal aku, amacam ada nampak macam pinoquio tak” balas Saha. “Ok Saha ok, wakattayou (fahamlah)” jawab Fazley, faham yang Saha serius.


hokahokatei


Suasana kembali ceria seperti biasa. Mereka kelihatan riang sambil bergerak menuju ke arah kedai franchise makanan segera hokka hokka tei. Setiba sahaja mereka di hoka hoka tei, “Tentoji bento ofutatsu kudasai” kedengaran suara Fazley memesan 2 bungkus menu makanan ruji mereka. Tidak ada banyak menu yg boleh mereka pesan pun kerana rata-ratanya tidak halal dimakan. Beberapa detik berlalu tiba-tiba kelihatan seperti kekapas turun berderu-deru dari langit.

“Alamak! salji turunlah pulak, lebat betul!“ jerit Fazley. “kita makan di hostel pelajar antarabangsa sajalah, malas aku nak balik ke rumah dalam keadaan macam ni.“ tegas Saha. “Harap-harap kohai (junior) baru kita tu.. si Khalid ada, bolehlah lepak-lepak dibiliknya“ sambung Fazley mengiyakan cadangan Saha. “Apa lagi, jom kita pergi sekarang!“ jerit Saha pada Fazley yang sedang menghulurkan tangan untuk menerima dua bungkus tentoji bento yang kelihatan panas berasap.

Mereka pun bergegas menuju ke hostel pelajar antarabangsa yg terletak lebih kurang lima puluh langkah sahaja dari situ.


tokyosnow2


“Fuhh! sejuknya“ jerit Saha terkinja-kinja di depan pintu hostel sambil kedua-dua belah tangannya terbenam di dalam poket jaket. “Cepat laaa.. bukakan pintu tu“ jerit Fazley pula. “Kau la buka, tangan aku dah rasa macam nak pecah ni!“ balas Saha yg sememangnya kurang daya tahan dalam cuaca sebegini.

Fazley tanpa banyak soal terus sahaja membuka pintu utama hostel tersebut. Mereka pun masuk ke dalam, tergesa-gesa.

“Aahhh! lega rasanya dapat lepak dalam suasana yang suam-suam begini dengan mesin pemanas udara percuma“ jerit Fazley puas. “Ha ha, memang dah resam kau sukakan yang free aje“ gurau Saha. “Eh, itu bukan ke si Khalid, tengah main ping-pong dgn nihonjin (orang jepun) mana pulak…“ pintas Fazley sambil mengecilkan matanya cuba mengecam lelaki jepun yg bersama Khalid. “Oooi! sempai tachi (senior-seniorku).” Tegur Khalid dari jauh sambil melambai-lambai raket ping-pongnya.

Fazley dan Saha pun membalas sapaan Khalid sambil berjalan ke arah Khalid.

“Aaai baru saje tiba di jepun dalam seminggu dua dah ada kawan orang jepun, hebat jugak kohai aku ni.” Puji Saha. “Aaa.. sempai-sempai semua, perkenalkan ini tutor aku, Saito san” Khalid memperkenalkan rakan baru merangkap tutornya kepada Saha dan Fazley sambil tersengih lebar. “Hajimemashite, Saito desu (Salam perkenalan, saya Saito)”

Saito memulakan adat perkenalan orang jepun. Kelihatan karakter Saha dan Fazley berubah dengan tiba-tiba menjadi jejaka formal, bergilir-gilir memperkenalkan diri sambil menunduk-nunduk hormat ala budaya jepun.

“Untung la.. kau Khalid, awal-awal lagi dah ada tutor persendirian. Kami sampai hari inipun belum ada tutor, cepat la power kau punya nihongo (bahasa jepun) nanti” ujar Fazley dengan wajah iri hati yang dibuat-buat. “ ha ah yalah, polisi baru ke ni? Aai mana aci, satgi kau lebih terrorlah daripada sempai-sempai kau ni” sampuk Saha pula.

Saito pula terpinga-pinga menyengetkan kepalanya ke kiri dan kanan sambil matanya merenung ke arah mereka satu persatu dengan mimik muka kehairanan, minta perhatian. Khalid pula bersungguh-sungguh cuba memberi penjelasan, terkial-kial dengan keupayaan bahasanya ibarat buah baru berputik. Berkali-kali juga kelihatan Saito cuba memahami maksud yang Khalid ingin sampaikan sambil membetulkan kesalahan bahasa yang dikesannya. Pada ketika itu juga kelihatan wajah kuyu Saha dan Fazley termangu-mangu sambil memerhati gelagat Khalid dan Saito.

“Aaa.. sokka sokka, naruhodo desune“ tiba-tiba Saito bersuara, faham akan situasi sebentar tadi.

Saito kemudian menjemput Saha dan Fazley untuk terlibat sama dengan aktiviti hujung minggu anjuran persatuannya, bersuai kenal sambil beriadah sesama beberapa orang pelajar jepun dan antarabangsa.

“Bagus tu Saha” pintas Fazley. “ Bukan apa Saha, dah masuk tahun ketiga kau di Universiti ni…” Fazley berhenti sebentar, teragak-agak untuk terus berkata-kata. “Jangan marah la kalau aku cakap, nihongo (bahasa Jepun) kau tak seberapa pun lagi, kaan…” Fazley merendahkan intonasinya sambil memerhatikan tindak balas Saha. “Ini peluang kau cari geng untuk tingkatkan tahap keupayaan nihongo (bahasa Jepun) kau” Fazley menghabiskan juga kata-kata nasihatnya.

Suasana hening seketika.

“Betul cakap kau tu, tapi…” Saha bersuara. “Tapi apa lagi Saha, sampai bila kau nak teruskan cara hidup kau dengan rutin macam sekarang ni, dikelilingi orang-orang yang sebahasa saja. Baik tak payah belajar kat sini” tegas Fazley dengan nada yang lebih yakin. “Aku tak abis cakap lagi la Fazley, kau ni…” pintas Saha. “Ok ok, haa apa dia yang kau nak cakapkan” jawab Fazley. “Tapi.. kau mesti ikut aku sekali bro” Saha menyambung kata-katanya sambil merenung ke arah Fazley. “Ha ha sekali je tau bukan dua kali” gurau Fazley. “Jangan main-main la Fazley, aku serious ni” jawab Saha. “Walaupun aktiviti-aktiviti macam ni bukan style aku, kau punya pasal aku sanggup bro” Fazley bersetuju. “Ha ha, cantik!” jerit Saha gembira.

Fazley dan Saha pun mengesahkan kehadiran mereka. Saito kelihatan gembira kerana acara hujung minggu ini bakal lebih meriah dengan kewujudan mereka. Selepas tentoji bento dibereskan oleh mereka berdua, keadaan di situ bertukar menjadi lebih gamat dengan gelagat mereka berempat di meja ping-pong .


pingpong


Episod Dua - Pertemuan dengan si dia