Monogatari Cinta Di Bumi Fujiyama - Episod Tiga

Monogatari Cinta Di Bumi Fujiyama - Episod Tiga

2019, Feb 10    

Episod Satu - Ruting harian di musim sejuk

Episod Dua - Pertemuan dengan si dia

Bermulalah sebuah perkenalan

“Kita kat mana ni?” tanya Saha. “Kita baru jer sampai kat bandar Hachioji” jawab Khalid. “Sakae Chaya.. Ehh.. kita sarapan kat sini ke?” tanya Saha. “Yelah kot, kita berhenti di depan kedai makan kan?” jawab Khalid. “Mazu asagohan wok kochira de yoroshi desyo..” (Kita sarapan dulu di sini ok kan..)

Saito bersuara sambil menoleh ke kiri dan kemudian ke belakang ke arah Khalid dan Saha.

“Unn eiiyou (Umm ok)” jawab Khalid setuju. “Saha, ok?” tanya Khalid.


sakachaya


“Aku ok jer, cuma tu hah Fazley, entah ada ke tak duitnyer. Sini kan mahal sikit” Ujar Saha sambil mendongakkan dagunya, menjengah ke arah kereta Keiko yang sedang bergerak masuk ke parkir di sebelah kanan kereta Saito.

Mereka bergerak keluar menuju ke arah pintu Sakae Chaya, sebuah kedai makan menu ala jepun. Suhu di luar agak sejuk, mungkin dua darjah celcius di atas paras beku. Berderap-derup bunyi tapak kaki mereka memijak-mijak salji bak ais kepal yang menutupi jalan di sepanjang perjalanan ke arah pintu restoran Sakae Chaya.“Iraisyaimase! Iraisyaimase!” Sayup-sayup kedengaran jeritan silih berganti pelayan-pelayan restoran Sakae Chaya meraikan kedatangan mereka apabila alunan loceng berbunyi ketika pintu di buka.

“Nan mei sama desyouka” (untuk berapa ramai?) seorang pelayan wanita pantas menyambut mereka di depan pintu restoran. “Roku mei no wo onegaishimasu” (Mohon sediakan tempat untuk enam orang) ujar Saito sambil menoleh ke arah lima rakan yang berada di belakangnya.

“Sochira ekk douzo” (silakan ke sana) pelayan yang bertag Reiko pada dada kanan baju uniformnya melunjurkan kelima-lima jari tangan kanannya ke arah tempat duduk di bahagian hujung bucu kiri restoran.


sakachaya-sochiradozzo


Mereka menuju ke situ dan mengambil tempat masing-masing. Khalid, Saito dan Saha duduk sebaris manakala Fazley duduk di kepit Yumi dan Keiko. Keiko yang sedikit lewat keluar dari keretanya sebentar tadi duduk bertentangan dengan Saha. Mereka membelek-belek buku menu yang memang sedia ada terletak di atas meja masing-masing.

“Khalid, ini kali pertama kau makan di Sakae Chaya kaann?” tanya Fazley sambil mendonggakkan sedikit dagunya ke atas, membolehkannya menjeling ke arah Khalid yang sedang khusuk menatap buku menu yang sedang ditatangnya.

“Baik kau cuba yang ini…. Aku memang selalu order yg ini, sedaaap.. Oishizou…”. Ujar Fazley lagi sambil meletakkan jari telunjuknya pada menu buku yang dipegangnya. “Bukan kau hari-hari makan maggi cup noodle aje ker?” tiba-tiba sahaja suara Saha terpacul keluar daripada sebalik buku menu yang dipegangnya.

“Ehh mana ada beb, tak main laaa maggi maggi ni..” Fazley dengan serius beriya-iya menafikannya. “Alaaa.. Fazley, apa hal yang kau nak risaukan. Awek-awek jepun yang bakal kau makan ni bukannya faham apa yang aku cakap pun.” ujar Saha lagi sambil menutup buku menu dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian melemparkan senyuman sinis ke arah Fazley.

Kelihatan Keiko berbisik-bisik dengan Yumi dan tertawa kecil sambil meletakkan hujung jari di bibir. Fazley terdiam sambil menongkat dahinya pada tapak tangan kanannya.

“Orang Maleiysia makan daging manusiakah incik Saha?” Keiko tiba-tiba bersuara.

Fazley yang masih menongkat dahi memaling mukanya yang monyok ke arah Keiko. Mungkin dia sudah mengagak Keiko pasti akan mencelah. Saha yang ketika itu sedang sedap menghirup teh hijau panas tersentak lalu terjirus ke atas dadanya. Oleh kerana tumpahan air itu agak panas, Saha tidak semena-mena bingkas bangun dan mengundur ke belakang. Malangnya dia terlanggar Reiko yang sedang membawa sebuah jug berisi teh hijau panas lalu menyebabkan teh hijau panas itu tertumpah ke atas belakang badannya pula.

“Aduh! panass panassss!” jerit Saha. “Ha ha ha ha, zama miroo.. (padan muka ko..)” Fazley yang monyok tadi tiba-tiba ketawa ceria. “Nani yoo anta, warau tokoro janai yoo!..” (Apala awak, ini bukan masanya untuk ketawa!..) tempik Keiko kerana marahkan Fazley.

Fazley terdiam, mungkin sedar akan kesilapannya. Keiko dengan pantas menyambar lengan Saha dan mengheretnya menuju ke arah bilik air yang berada berdekatan. Keiko kemudian mencapai sehelai apron yang tergantung di dalam bilik air itu lalu mengikatnya di pinggang, menutupi bahagian punggong seluar Saha. Kemudian, Saha di arah untuk mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas sambil membongkokkan badannya kehadapan. Saha yang seolah-seolah dalam keadaan separuh sedar menurut saja arahan Keiko. Tanpa berlengah, Keiko segera menarik keluar baju daripada batang tubuh Saha lalu menjirus air paip ke atas belakang badan Saha.

“Aaaa…Samui yoo, mo ii yoo.., mo yamete..” (sejuk la, dah laaa dah laaa cukup la tu.., tolong hentikan) jerit Saha.

Keiko dengan raut wajah yang serius terus-menerus menjirus air ke atas bahagian belakang badan Saha yang kemerah-merahan. Setelah lebih kurang 5 minit belakang badan Saha dicucuri air, muncul Reiko membawa ketulan ais yang dibungkusnya dengan kain putih bersih. Keiko segera menyambarnya lalu menekapkannya di bahagian badan Saha yang masih lagi kemerah-merahan. Saha tersentak dik gigitan ais. Melenting-lenting badan Saha, berulang-ulang kali dia membengkokkan bahunya ke belakang dan mendepakan dadanya ke hadapan.

“Samui yoo.. Moo eii desyo… Taista kotonai kara sa.. Yamete kunnaika.. “ (Sejuk laaa.., dah lah, tadak apa-apa sangatlah.. sikit sajer ni.. tolonglah hentikan.. )” Ujar Saha. “Saha kun, moo chotto gaman shite ne…..” (Saha, tolong sabar sikit ya…. ) Pujuk Keiko dengan intonasi memujuk yang lembut sambil melemparkan senyuman manis.

Terdiam Saha tidak terkata apa-apa lagi, pasrah. Hampir 5 minit lamanya Keiko sabar menuam-nuam belakang badan Saha. “Umm.. moo yoroshi to omou.. moo..daijyoobu desyo” (Umm… Saya rasa sudah cukup… sudah ok)” ujar Keiko.

Keiko tersenyum manis gembira, tapak tangannya yang kelihatan pucat dan kecut mengamit perhatian Saha. Saha segera bangun mencapai bajunya. Keiko ingin membantu untuk membuka apron di pinggang tetapi Saha memberi isyarat yang dia mahu lakukannya sendiri. Keiko faham isyarat Saha yang mahu ditinggalkan bersendirian, lalu beredar keluar menuju ke meja makan. Lima minit kemudian Saha tampil sambil membawa air tin kocha kaden panas yang dibelinya di kaunter. “Keiko, panaskan tangan awak dengan air tin ini” Saha menghulurkannya kepada Keiko.

“Arigatoo…” Keiko mengucapkan terima kasih. “Iyek iyek.. sore uchi no serifu dayoo” (tidak tidak… perkataan itu sepatutnya saya yang patut ucapkan) pintas Saha.

“Terima kasih Keiko di atas bantuan awak sebentar tadi. Bukan macam yang sorang tu” Saha memandang tepat ke arah Keiko sambil tersenyum kemudian menarik balik senyumannya dan menjeling ke arah Fazley pula. “Alaa.. Sori laaa.. Saha. Aku tak sengaja laaa…. Aku ingat hal kecik sajer tadi.” faham akan sindiran Saha, Fazley akur dengan kesilapannya.

“Ehh Saha, apa yang berlaku di bilik air tadi?” Fazley pantas mengubah tajuk perbualan yang mencalar reputasinya. “Aku dengar kau terjerit-jerit. Tolong-tolong! jangan-jangan! tolong jangan berhenti!” sambung Fazley lagi.

“Aii kau cakap elok-elok sikit, mana ada aku jerit macam tu” Nafi Saha, sambil membeliakkan matanya ke arah Fazley. “Awak ni, baru sahaja tadi minta maaf dah buat hal lagi. Awak ni memang teruklah Fazley” Keiko mencelah sambil mengerutkan keningnya ke bawah.

“Abis tu apa bendanya yang kau beria-ria sangat terpekik terlolong tadi. Masa kena air panas tadi tak pulak terjerit-jerit macam tu pun” Ujar Fazley. “Keiko pancut air kat belakang badan aku, lepas tu dia tuam pulak dengan ais batu. Kau tau kan, aku mana tahan sejuk.” Ujar Saha.

“Ooo.., patut la. Kau memang… kalau kat rumah selalu berlingkar bawah selimut saja. Ehh lebih baik kau ambik degree kat university of gurun sahara sajelah.” gurau Fazley lagi. “Alaa.. Setidak-tidaknya aku tak macam kau, ma..ndi! seminggu sekali!” balas Saha. “Ok.. ok.. udah.. udah.. . Nanti bogel aku kau londehkan satu persatu” Fazley mengalah.

Suasana hening seketika.

“Saha dan Keiko belum order lagikan” ujar Khalid tiba-tiba. Memang sejak tadi Khalid menunggu masa yang sesuai untuk mencelah. “Sumimasen” Khalid bersuara sambil mengangkat tangan kanannya ke udara, memanggil pelayan yang berhampiran.

Reiko yang berada berdekatan ketika itu pantas tampil ke meja makan mereka dan berdiri disebelah kanan Saha.

Belum sempat Khalid berkata apa-apa, “Ano… saki no jiken wa hontoo ni mooshi wake arimasen deshita” (Aaa…berkenaan insiden sebentar tadi, dengan sepenuh hati saya mohon maaf) Reiko dengan air muka kekesalan meluahkan perasaan bersalahnya kepada Saha. “Iyek iyek. Anatano sei jyanaikatta yo (Tak tak. Bukan salah awak pun)” jawab Saha. “So dayoo, jikoo dattakara desyo” (Betul, itukan kemalangan) sampuk Keiko. Reiko menoleh ke arah Keiko seraya berkata, “Gomen ne. Anata no kareshi ni kizu tsukechatte” (Maafkan saya sebab tercederakan pakwe awak ya).

Saha pantas memandang ke arah Keiko seolah-olah mengharapkan Keiko berkata sesuatu. Keiko pula membisu, hanya melemparkan senyuman. “Iyak..chigaimasu yoo” (Ehh.. Bukanlah)” Saha pantas menafikannya. “Aa soo, gomen nasai. Nanka futari wa koibito dooshi niai soo deshitane” (Oo ye ke, maafkan saya. Tapi awak berdua nampak macam pasangan kekasih yang serasi). Ujar Reiko sambil mengerling ke arah Saha dan tersenyum.

Setelah Reiko selesai mencatit menu yang di pesan oleh Saha dan Keiko, dia pun beredar dari situ. Sementara menunggu, kelihatan mereka membelek-belek majalah anime yang diambil daripada rak buku berhampiran, mengisi masa yang terluang. Hampir lima belas minit kemudian, makanan yang di pesan pun tiba. Suasana tenang sebentar tadi kembali berkocak, tumpuan mereka kali ini adalah pada hidangan sarapan enak yang telah lama dinanti-nantikan oleh tembolok masing-masing. Sekali-sekala kedengaran juga bunyi dentingan pinggan dan chop-stick diikuti dengan bunyi chup-chap.. chup-chap, keluar daripada mulut-mulut mereka yang terkumat-kamit mengunyah.


sakachaya-makanan


“Aaa.. Semua dah selesai makan kan?” Fazley bersuara, ceria. “Apa tunggu lagi, marilah kita pergi. Ikoozee! (jom!)” jerit Fazley bersemangat. “Yelah.. yelah.. jom.. jom.., jom kita pergi bayar dulu” ujar Saha pula.

Mereka pun bangun dan berjalan menuju ke arah kaunter pembayaran yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk restoran. Tiba sahaja Saha di depan kaunter bayaran dia pun terus menghulurkan dua helai wang kertas seribu yen kepada Natori yang sedang bertugas di situ.

Tanpa disangka-sangka Natori memulangkan kembali duit tersebut kepada Saha sambil berkata “Konkai wa okyakusama dake ni tokubetsu saabis ni site, muryoo desu” (Kali ini tuan merupakan pelanggan terpilih untuk menerima servis istimewa, makan percuma)”. “Aaa.. soo desuka. Arigato gozaimashita” Saha melafazkan ucapan terima kasihnya sambil membongkokkan badannya sedikit serta matanya memandang ke bawah, tanda hormat. “Aaa.. ee ne. Yokatta ne” (Aaa.. bagus. Awak beruntung) Saito yang membisu sejak dari tadi akhirnya bersuara juga.

Selepas itu mereka bergilir-gilir membayar makanan masing-masing. Tiba sahaja giliran Fazley untuk membayar, “Alamak, aku terlupa yang aku belum keluarkan duit lagilah” keluh Fazley sambil membelek-belek dompetnya. “Di sini pun tak ada mesin ATM kan? Macam mana ni?” Ujar Fazley sambil mengaru kepala. “Haaa.. kena basuh pinggan la bro. Hahahaa” giliran Saha pula mentertawakan Fazley.

“Aisey. Jangan la macam ni. Pinjamkan la aku duit, nanti aku bayar laa…” pujuk Fazley. “Takpa takpa, daripada aku bagi kau pinjam baik aku belanja saje kau, tak da bezanya pun” ujar Saha. “Aiseeh.. bro kau memang best la. Sebab tu la aku sayangkan kau. Kalaulah kau pompuan dah lama aku jadikan bini” ujar Fazley, bergurau. “Sapalah yang malang kawin dengan kau nanti” balas Saha sambil mencebik mukanya.

Saha pun mengeluarkan semula duit kertas dua ribu yen lalu dihulurkan kepada Natori. Tanpa di sedari, gelagat mereka berdua diperhatikan oleh Keiko dan Yumi. Tampak wajah mereka keliru dengan hubungan akrab dua orang sahabat yang personaliti ibarat pinang di lenyek lori. Setelah selesai membuat bayaran untuk makanan masing-masing, mereka pun bergerak menuju ke arah pintu keluar.

Tiba-tiba kedengaran suara lembut gadis Jepun memanggil Saha. “Saha sama chotto matte kudasai” (Tuan Saha, sila tunggu sebentar).

Langkah Saha terhenti, lalu menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Kelihatan Reiko berlari-lari anak menuju ke arah Saha kemudian menghulur sekeping kad dengan kedua belah tangannya. Setelah kad itu diambil oleh Saha, Reiko berundur dua langkah ke belakang kemudian,

“Yoroshiku onegaishimasu. Mata kitekudasai” (Mohon seadanya. Silalah datang lagi) ujar Reiko sambil memberi tunduk hormat dan senyuman manis.

Saha terus sahaja memasukkan kad itu ke dalam poket kanan jaketnya lalu membalas tunduk hormat. Mereka pun mula bergerak keluar. Kali ini jeritan “Domo arigato gozaimashita!” (Terima kasih banyak-banyak) kedengaran sahut-menyahut mengiringi pemergian mereka.

Dalam perjalanan menuju ke arah kereta, Fazley yang berjalan seiring dengan Keiko dan Yumi merapatkan dirinya ke arah Saha yang berada sedikit sahaja dihadapan mereka.

“Bro. Apasal pelik aje ayat yang si Reiko ucap tadi” Fazley bersuara sambil meletakkan tangan kanannya di bahu kiri Saha. “Apa yang peliknya” jawab Saha. “Ala… kau ni memang kayulah. Tak kan tak perasan kot” keluh Fazley. “Haah apa yang kau perasaankan, cer cerita.” balas Saha lagi. “Kan tadi lepas dia bagi kau kad, dia cakap yoroshiku onegaishimasu…, bukan ke perkataan itu biasanya digunakan bila nak mengharapkan sesuatu, kalau ketika berpisah mestilah cakap sayonara… kan?” ujar Fazley lagi.

“Eh…bagi aku tengok kad apa yang dia bagi pada kau tadi” ujar Fazley sambil memanjangkan tangannya lalu menyelinap masuk ke dalam poket kanan jaket Saha. Kemudian dengan pantas dia menyentap kad itu keluar. “Woi! apa ni. Senang aje kau ambik barang orang rampas macam tu jer” tempik Saha. “Aku pun belum sempat tengok, ntah benda apa yang dia bagi pada aku tadi” ujar Saha lagi sambil cuba merampas kembali kad tersebut daripada tangan Fazley.

Fazley pantas menjarakkan dirinya daripada Saha sambil terkinja-kinja gembira. “Wooo… nombor telefon, dia bagi nombor telefonlah. Huhuuu!..” Fazley terkinja-kinja lagi macam beruk chimpanzee kelaparan yang baru diberi sebijik pisang.

Namun, dengan tidak semena-semena kad yang dilarikan Fazley itu tadi di rampas pula oleh Keiko. “Anta wa ne… damek dayoo” (Awak ni.. tak baiklah macam ni)” keluh Keiko kesal dengan tingkah laku Fazley.

Kemudian dia berjalan ke arah Saha lalu mengembalikan kad itu. Saha menerima kembali kad itu sambil matanya menjeling pada tulisan “Hima ga areba atashi ni denwa wo choodai ne - Yamashita Reiko yori, 0555-22-0110” (Jika ada kelapangan, telefonlah saya ya - daripada Yamashita Reiko, 0555-22-0110).

Saha kemudiannya terus menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar jeans sambil ibu jarinya mengepit kad pemberian Reiko itu. “Arigato ne Keiko chan” (terima kasih ya cik Keiko) Saha mengucapkan terima kasih sambil melemparkan senyuman mahalnya.

Sememangnya jarang sekali Saha menjual senyumannya kepada kaum hawa.

“Daijobuu…. Fazley san mitai no hito ni yoku mo naka yoku shiterun desune, Saha kun (Ok ke.. tahan awak ya berkawan baik dengan orang macam Fazley ni, Saha)”. “Aaa.. koitsu wa itazura ga suki na hito da kedo, jitsu wa ii hito dayoo. Omoshirokute sa” (Aaa.. walaupun dia ni memang suka usik-mengusik. Tapi orangnya baik, dan juga menghiburkan)”. jawab Saha sambil menepuk bahu Fazley.

Fazley mengangguk-angguk bangga. “Emm.. betul, dia memang menghiburkan. Orangnya baik.., hmm belum terbukti laagi..” tiba-tiba Keiko bersuara dalam bahasa melayu. “Oh ya.. memang dari tadi saya hendak bertanyakan kepada awak” Saha bersuara kepada Keiko dengan bahasa melayu baku. “Ok. silakan” Jawab Keiko. “Macam mana awak boleh berbahasa melayu dengan baik sekali” tanya Saha.

“Oh.. ya… Keiko memang bugitu, subab itu dia purajar turbaik jurusan purubatan di Unibasiti Waseda” tiba-tiba Fazley mencelah meniru gaya dan suara Yumi bercakap sambil menjeling ke arah Yumi.

“Anta wa neee!…” (Awak ni!.. ) Yumi yang sejak tadi membisu menepuk lengan Fazley, melontarkan reaksi geramnya terhadap Fazley. “Hahaha..” Keiko tertawa panjang menampakkan giginya yang putih dan gusinya yang mekar bak delima. Terserlah raut tawanya yang mempersonakan.

“Hahaha….. memang menghiburkan, kan Saha” Keiko sempat bersuara di celah-celah hilaian riangnya sambil mengerling ke arah Saha yang kelihatan terpaku. “Saha.. kenapa ni.. kan tadi awak cakap Fazley menghiburkan. Tapi awak tak nampak macam terhibur pun” ujar Keiko kehairanan. “Eh.. hahaha betul betul.. cuma gelagat dia yang macam ni dah biasa sangat.”

Saha yang tersentak dari lamunannya cuba mengelak. Kelihatan Fazley mengoyang-goyangkan jari telunjuknya ke depan dan belakang berulang kali sambil memandang ke arah Saha dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Saha bersahaja tanpa menunjukkan apa-apa reaksi.

“Oklah, aku pergi naik kereta Saito dulu. Jumpa di sana nanti” ujar Saha sambil melajukan langkahnya ke arah kereta Saito. “Issyoni ikanai?” (Tak nak pergi sekali ke?) tanya Yumi. “Ya la.. kita pergi dengan satu keretalah. Kalau awak dan kawan awak yang baik ni ada sekali, pasti meriah perbualan kita nanti” tambah Keiko pula. “Eh tak pa lah Keiko. Lain kali sajalah, sebab tak eloklah saya buat macam tu pada Saito kan?” Ujar Saha. “Lagi pun bila kita lakukan sesuatu kita mesti lakukannya sampai habis. Betul tak Fazley” ujar Saha lagi sambil menjeling ke arah Fazley. “Ha betul tu. Setuju setuju. Memang betul” balas Fazley seperti di paksa mengiyakan sahaja. “Wah.. ada falsafah hiduplah incik Saha ini.” Keiko kagum. “Baiklah. Kalau begitu mari kita bertolak sekarang.” Ujar Keiko pada Yumi dan Fazley.

Mereka pun segera melabuhkan punggung di tempat duduk masing-masing. Kemudian, Saito dan Keiko pun memandu keluar daripada parkir Sakae Chaya lalu bergerak menuju ke destinasi, Kawaguchiko Park.


kawaguchiko-go